Muzium Bugis terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Malaysia. Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis. Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayusetelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda. Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda.
Dalam muzium ini dipamerkan pelbagai gambar hitam putih berbentuk fotostat bersaiz besar. Terdapat peralatan dapur yang bersaiz besar. Oleh kerana muzium ini tidak diuruskan secara profesional, beberapa bahan di dalamnya tidak kekal cantik. Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi anda boleh memberi sumbangan ikhlas.
Muzium ini pada mulanya diasaskan pada tahun 1982 sebagai Warisan Bugis. Pada 26 Julai 1994, Kerajaan Johor menyokong muzium ini melalui Yayasan Warisan Johor dan mengistiharkan muzium ini sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia.[1] Pada Oktober 2016, Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo melawat musium ini dan berjumpa penduduk Bugis tempatan. Dia berharap perhubungan antara orang Bugis di negara berlainan akan dapat dikekalkan.[2]