Sign In

Bukit Layang- Layang turut dikenali sebagai Taman Bandar Pasir Gudang, taman ini menjadi tumpuan penduduk Pasir Gudang untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan riadah. Ia terletak hanya 30 minit pemanduan dari Johor Bahru.

Bukit Layang-Layang juga merupakan tapak rasmi untuk Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang. Acara ini menarik ramai pelawat dan peminat layang-layang dari seluruh dunia. Festival ini juga turut melibatkan ramai peserta dari Asia Tenggara dan pelbagai negara lain termasuk China, India, Australia, England, New Zealand, Jepun, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat.

Muzium Layang- Layang merupakan muzium seumpamanya yang mempamerkan koleksi pelbagai jenis Layang-Layang tradisional dan moden dari dalam dan luar negara. Muzium yang dibuka pada tahun 2002 bukan sahaja menyimpan banyak sejarah tentang wau malah menyediakan demostrasi membuat wau. Pengunjung boleh merasai pengalaman membuat Layang-Layang sendiri dan berpeluang bermain Layang-Layang di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Tiket masuk ke Muzium boleh didapati di Kaunter Muzium Layang- Layang.

Features

Location

Claim listing

Take control of your listing!

Customize your listing details, reply to reviews, upload photos and more to show customers what makes your business special.
Your account will be created automatically based on data you provide below. If you already have an account, please login.

Fill the form

Message Vendor

    Preferred contact method