Jejak Trans Gunung Lambak 2025 akan berlangsung di Kluang, Johor, di mana terletaknya Banjaran Gunung Lambak yang terkenal dengan flora dan faunanya yang cantik. Pelari akan merentasi puncak dan rabung melalui denai kembara “Trans Gunung Lambak”, menjanjikan pengalaman larian denai yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Konsep acara unik iaitu 12 jam, 6 jam, 10km dan mendaki yang menyeronokkan memberi cabaran kepada peserta untuk menguji tahap ketahanan mereka dalam sukan lasak larian denai.